Kami membekalkan madu Al Shifa. Kepada kome yang tercari-cari bekalan madu asli untuk mengamalkan sendiri atau meniaga. Boleh terus hubungi saya. 013-2955529
Harganya..in sya Allah..mampu milik
Kenapa perlu mengamalkan madu ?
Surah (16) An-Nahl : 68-69
Mafhumnya : "Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. (68) Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir." (69)
Surah (47) Muhammad : 15
Mafhumnya : "Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya) dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam Neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)! "(15)
Kenapa Madu Al-Shifa?
Madu Al-Shifa adalah madu asli yang diimport dari Arab Saudi. Jadi tak perlulah kome semua meragui tahap ketulenan madu ini. Ia diuji antara madu ekonomi yang terbaik didunia. Terhasil dari lebah-lebah liar yang mengambil manisan dari bunga kurma, bunga zaitun, bunga habbatussauda, bunga pokok shidr (bidara) yang terkenal memiliki sifat membantu menyembuh penyakit.
Ketulenan Madu Al-Shifa dijamin keasliannya 100% dan diperakui oleh Saudi Arabian Organization (SASO, SNI Arab Saudi).