Isnin, 30 April 2012

Sabtu, 21 April 2012

DeMonSTrasi ManSUhKaN PTPTN..


Setelah selesai urusan di Hospital Sg. Buluh, penulis terus bergerak ke Pustaka Mukmin dekat dengan SOGO untuk mendapatkan buku secara free (Voucher Buku 1Malaysia) RM200. Penulis sampai sekitar tempat yang hendak dituju lebih kurang jam 3 petang. Ahhhaaaaaa.. sesuatu yang mahu dilihat..Terlalu ramai orang di depan SOGO. Isteri penulis bertanye "ade sale ke kat SOGO tu abg"..penulis sekadar menjawab "rasenye tak..siap sepanduk2 banner2 tu..cam demo je..". Di tenung betul-betul pada beberapa banner dan sepanduk yang pamerkan..Tepat sangkaan penulis. Demo..Demonstrasi Mansuhkan PTPTN..nin dia beberapa gambar yang sempat di ambil oleh penulis sepanjang demo berlangsung..
rimbunan siswa-siswi yang berjuang nasib mereka..termasuk uncle ice cream tu ke??

 pemandu-pemandu kereta yang mengambil peluang menyaksikan demo

 peronda yang mengawal keamanan

 "pendidikan bukan untuk dijual.." cam iklan rumah pulak

 seriusnye / serius ke

 Orang ramai tidak melepaskan peluang mengambil gambar..Semua kereta, teksi, bas, motosikal membunyikan hon tanda sokongan kalau tak silap aku helikopter, kapal terbang, LRT, komuter turut membunyikan hon..tanda SOKONGAN..

 Setelah melewati perarakan ni..aku terus memasuki Pustaka Mukmin..terdengar rungutan seorang makcik yang aku rasa dia tidak pernah membuat Pinjaman Pelajaran PTPTN.."menyusahkan je"..Bagi mereka yang tidak pernah menerima pinjaman PTPTN..jangan dok komplen..Hanya mereka yang melaluinya je yang merasai nikmatnya..Lagi pun jem tak teruk..cam biase je..lagipun perhimpunan orang terpelajar / aman..takde masalah kot..Pada pendapat penulis, sekurang-kurang caj perkhidmatan tu dapat dihapuskan..Tak pun kenakan caj perkhidmatan yang sesuai..contohnya..kenakan caj RM1000 setiap peminjam untuk sekali pinjaman..Penulis kos tu dah boleh cover  kos sewa bangunan, pekerja kot..Apa-ape pun setiap satu kejadian yang berlaku..ada hikmahnya..
"Jangan jadi golongan yang dipergunakan Nafsu..Jadilah golongan yang menggunakan Akal"

FIKIR-FIKIRKANLAH



Isnin, 2 April 2012

KERJA DI SEKTOR SWASTA..APE MASALAH??

Hari ni genap 4 tahun penulis bekerja dalam sektor awam @ goverment atau dalam bahasa internasional nye Gomen. Tu pun setelah Angel Holding, KFC Warehouse, Sanyco Grand Industries, Vibrant, Kedai Lampu Equine, dan Poslaju. Penulis rasa tak kurang hebat bekerja di sektor swasta, contoh :-
1. Bonus belipat-lipat
2. Ade panel klinik swasta (ubat, rundingan perubatan, mc = SEMUA FREE OF CHARGE)
3. Berubat kat hospital / klinik kerajaan pun boleh.
4. Overtime pun mahal.
5. Naik pangkat pun senang. tak payah pakai time based.

Tapi yang penulis pelik, time kawan-kawan Gomen dapat bonus yang sebulan siap bayar separuh-separuh. Habis 1 dunia kecoh. Penulis yang kerja dalam gomen ni nak bagitahu. Bukan nak cetus kontroversi pula. Pekerja gomen hanya :-
a)  perubatan percuma di hospital / klinik kerajaan je. Takde panel klinik swasta. (swasta guna duit sendiri)
b) bonus paling tinggi setahun sekali. tu pun sebulan je..siap bayar separuh masa raye..separuh lagi hujung tahun.
c) Gaji taraf diPloma pun overtime 3 4 ringgit je sejam..tu pun bukan semua tempat boleh dapat OT..kadang2 claim off cuti je. takde bayaran pun. takde komisyen.
d) ganjaran persaraan / pencen yang separuh gaji akhir je.
c) Kalau pilih pencen, takde duit KWSP yang orang swasta perolehi ratus ribu / juta masa tamat perkhidmatan nanti.

Untuk  pengetahuan kawan-kawan diluar sana. Pekerja sektor awam yang gaji bertaraf diploma atau STPM, gaji starting baru RM1200 - RM1600. Sedangkan kalau bekerja disektor swasta gaji basic taraf diPloma boleh normally RM1800 - RM2500. Ijazah disektor awam dengan pelarasan gaji baru basicnye bermula RM1900 - RM2400. Takde OT. OT tak kira. Sedangkan kalau kerja disektor swasta biasanya gaji basic dari RM2200 - RM4000 siap ade OT lagi. Tapi masih ramai kawan-kawan diluar sana merungut dengan kelebihan yang telah mereka kecapi. bersyukur la dengan ape telah kita kecapi. Tak perlu banding-banding setiap pekerjaan yang kita perolehi.

Sebenarnya, semua kerja / tanggungjawab yang kita terima itu amat bermakna sekiranya :-
1. HALAL
2. IKHLAS KERANA ALLAH
3. TIDAK MENGHARAPKAN PANDANGAN INDAH DARI MANUSIA.
4. DITERIMA SECARA BAIK.

Jadi, fikir-fikirkanlah..

Carian