السلام عليكم ورحمة الله
- Kami merupakan pengedar air zam-zam yang sedia memberikan khidmat & harga yang terbaik kepada ANDA.
- Kami telah membekalkan Air Terbaik di Dunia ini kepada beberapa buah kedai dan syarikat di Negara ini.
- Kami juga membekalkan Air Zam-zam dalam kapasiti 1.5L, 500ML & lain2 isipadu untuk program-program amal & jualan.
- Penghantaran ke destinasi anda boleh dirunding.
- Percayalah..anda pasti berpuashati dengan harga yang ditawarkan..
MAKLUMAT / TEMPAHAN..BOLEH HUBUNGI :-
013-2955529 - FIRDAUS
03-91301090 (selepas 4 petang)
Atau kunjungi page fb : Saudagar Muslim
PERKONGSIAN ILMU MENGENAI AIR ZAM-ZAM..
Seperti yang kita sedia maklum, air zam zam merupakan air yang paling suci di dunia, yang menunjukkan kebesaran kuasa Allah, air yang terus mengalir sejak zaman nabi Ibrahim sehingga hari ini, tanpa henti. Air yang dikenali dengan banyak kelebihan dan insyaAllah boleh membantu menyembuhkan pelbagai penyakit.
Antara keistimewaan dan kelebihan air zam-zam seperti dalam buku Fadhlu Ma’Zam-Zam :
- Ia mempunyai nama yang banyak dan nama yang banyak menandakan kemuliaannya. Dalam Taj Al-Arus dinukilkan daripada Ibn Birri terdapat 12 nama air zam-zam.
- Air zam-zam sebaik air di muka bumi dan menjadi penghulu kepada semua air.
- Zam-zam dikatakan dari mata air syurga mengikut riwayat Ibn Abi Syaibah dalam Al-Musannaf. Imam Al-Nawawi berkata pendapat yang sah bahawa mengikut zahirnya ia daripada syurga.
- Air zam-zam hasil kurniaan Allah yang utama kepada kekasihnya Nabi Ibrahim.
- Air zam-zam sebagai tanda yang nyata kemuliaan tanah haram Makkah. Inilah pendapat Imam Ibn Al-Daiba’ Al-Syaibani.
- Air zam-zam terbukti mujarab doa samada sembuh daripada penyakit dan lain-lain.
Telah diriwayatkan oleh Jabir Ibn Abbas, Abdullah Ibn Amr Ibn al-A’s, Abdullah Ibn Umar dan Mua’wiyah: “Air Zam-zam mengikut apa yang diniat ketika meminumnya.” Al-Hafiz Ibn Hajar berkata : Tafsir hadith ini boleh ditafsirkan dengan penambahan hadith Ibn Abbas iaitu : “Jika kamu meminumnya untuk sembuh nescaya Allah menyembuhkan kamu. Begitulah seterusnya mengikut niat seseorang.”