Rabu, 16 Februari 2011
Kamus Perak Tengah
1 ABUT = Kepunyaan (ini khas untuk perak daerah sayong piyor ajer) contoh : " Saper punyar barang nie ? " . Barang tu abut adik !
2 ACEKEME = macamana kalau
3 Aper ler mengkome nie, asyik ngobak ajer kojer nye....
4 Awok - Saya
5 baroh-merujuk tempat contoh-cer kome ke baroh ikut apok kome tu haaa ..dari tadi idak nak reti balik ke ghomah
6 BEBEY = degil tahap batu gajah
7 BEDAGHOH = berdarah
8 BEGHAMBAT/BERAMBAT- BERLARI/BERKEJAR
9 Beghoyang-Sejenis biawak yang kecil sedikit saiz nya drp buaya,tetapi besar saiz nya drp biawak biasa,mungkin abang bonzer biawak gamak nya...,selalu kelihatan di sungai2 Perak,terutama di kawasan kg Sayong Tebing.
10 Bekho-sebutan Beck Ho-
11 Belunjo-Melegakan kaki dgn duduk secara meluruskan nya. Jangan duduk belunjo depan Tok Guru,tak beradab nama nya tu.
12 BENGKEN - Garang, cengih
13 BENGKIN = garang
14 BERDA'AH = bohong/menipu/kelentong
15 BERDANO = kotor sangat
16 Berghanso-Mintak diri,nak balik.
17 Berkuap-Bila udara panas terperangkap tidak ada pusingan atau air circulation. Cer bukak tingkap bilik tu,berkuap rasa nya ni,tak tahan teman.
18 BERONGGOK = berkumpul
19 BESIT- Memukul dgn sesuatu spt rotan dan sbg
20 Bibior - Bibir
21 Bincot-Bengkak sebab terhantuk dll. Dah bincot tu mintak le sapa2 tuamkan bagi surut balik.
22 BIOT = Degil
23 Birat/berbirat-Bekas kena rotan/pukul pada badan. Teruk juga badan si Rizal tu,berbirat birat kat belakang badan nya kesan mak nya merotan dia pagi tadi sebab dpt tau yang dia ponteng sekolah menyorok dalam rumah kosong di hujung kampung Talang Dusun hari Selasa lepas.
24 BO NYEH = basah
25 BOLEN = Bertelanjang Bulat
26 BOLONG = Beso / besar
27 BONYEH = berlendir/berlendior
28 BULOR =, Bulo, Bu Lo – Lapar tak makan ATAU Ingin, Hendak [biasanya dengan pangkal negatif - Tak]
29 Cagot-Sesuatu yang ditarik atau disentap2. Deme kalau ngail masa ikan cagot tu memang syok sesangat.
30 Calat-Habis tak tinggal baki,licin/clear. Kuat meratah lauk abg Zul kamu tu,habis calat lauk tengahari tadi.
31 CE - Cuba / Try
32 CENANGOR = serangga yg berbau busuk selalu dijumpai berhampiran dgn lampu
33 CENCOGHOT = tikuih ketughi
34 Cengea/Cengih-Berani,atau garang.,atau kata org sekarang jenis kering je.Ke mana sahaja atau dengan sapa2 dia tak tak ada perasaan takut.
35 Cerokeh-Korek,dapatkan sesuatu. Mana gaye nya nak cerokeh cerita tu dari deme,nak jumpa pun susah.
36 cher = ??? cuba. Contoh: Cher cube guna yang panjang , kalau yang pendek idak sesuai Cher cube guna yang panjang , kalau yang pendek idak sesuai
37 Cher mike hogeh batang ubi tu, baru ler boleh di cabut
38 cher miker pegi kaup sembai kat sungei tu, elok bebeno mbuat bancuh simen
39 CIK CIBOR = pepatung
40 Cokia-ujung "kia" tu bunyikan agak sengau. Maksud nya kurang kualiti,less in quality. Lain kali jangan beli barang kat kedai tu,semua nya barang2 jenis cokia je.
41 CONONGGENG = b***** ayam- sample ayat:"cube bak sini cenonggeng goren tu"
42 CORIN = tirus
43 Cuak-Dah serik/jemu/taubat tak hendak buat. Cuak dah aku nak berhutang dengan Ah Long,nanti dipaksa nya aku minum racun tikus macam kes bebaru ni.-Kata Pak Long.
44 CUIT = usik
45 Dabea-Beg duit atau dompet.
46 Deghoyan - Durian
47 Deme - mereka
48 Dengkeh-Air sungai yang cetek. Ayat:-dengkeh je ayo sungai sejak kemarau ni...
49 DOKOK = sejenis kueh tepung yang di bungkus dengan daun pisang, cara dibungkus berbentuk selinder panjang lebih kurang 6 inci...
50 Enak bila dimakan begitu saja..
51 ENCONOT =..... .. atau tongken ayam
52 Gabuih-Curi,kena ambil cara tak sah.-ni istilah area2 Taiping. Kasut Si Tom Cruise semalam kena gabuih masa singgah kat masjid Ulu Piol.
53 Gago-Raba,pegang.
54 GANJEI = terkena / naya / terkejut
55 GEBOR - Selimut
56 GEGHOTOK/GEROTOK = jambatan
57 Gelegor-Binaan sendi kayu dalam rumah. Kayu gelegor dalam rumah tu nak kena ganti tu,dah reput makan dek anai2.
58 Gelor= Gilir
59 GENYII = geli geleman
60 GETAK =jatuh / luruh
61 GETIK - Tak suka / Benci
62 GETIK = nyampoh (menyampah)
63 Ge-tok-Tercabut,tertanggal. Jangan usik kasut tu,baru je gam tapak kasut nya tu,kalau diusik gam nya belum kering nanti getok penat nak bubuh gam baru pulak.
64 Ghanjo-aniaya,terkena.,sama ada ditipu atau dizalimi.
65 Ghator,rator-Bercakap tak tentu butir,selalu nya merujuk kpd perkataan yg keluar drp mulut org yg kerasukan atau yg tak stabil fikirannya.
66 Gherotok-Jambatan. Ayat:-Kamu tau dak malam semalam ada mat pit mati kena gelek ataih gherotok keretapi nun weh..
67 GHODI/KODI = repair/belek
68 GHULU GHELO = hulu hilir
69 GILA SEPEREGHE = separuh gile
70 GOBOK - Almari
71 GOMEN = kerajaan
72 Gostan-Undur belakang.
73 HAMBAT = kejar
74 HAMPUT = Perkataan yang berunsur makian.
75 HANGAT PIJOR - Panas yg keterlaluan spt demam panas
76 HANTAP= Berat; khusus digunakan utk seseorg yg badannya berat, biasanya ditujukan kpd bebudok kecik...
77 Hapuih-Menunjukan satu satu unsur yang menutup unsur yg lain,selalu nya merujuk kpd air./Kedalaman. Ayat:-Eh agak2 miker hapuih tak ayo sungai Perak tu kalau kita mandi masa banjir ni?
78 Hempah pior-Bertungkus lumus,bersungguh2.
79 Hempap - tindih
80 HINCIT = Ketepi, ngeysot
81 HOGEH= Goyang
82 Ingker=Berlebih2 sangat suka nya./Galak.
83 JEGHOBER = Tindakan yang Tidak Semena mena aku kena jeghober dengan Burung Jampuk malam tadi.. kata Lie kepada Conan ketika dema makan kat kedai Laksa Pak Ngah di Talang.
84 JEGHOLONG = tempat buang sampah kat tepi hutan
85 JELABAEH = Cakap Lepas
86 Jelabah-Tak terkawal.Selalu nya dirujuk kpd mulut yang tak sopan atau laser.Dalam kata lain,.mulut yg tak ada insurans... Ayat:-"Eii mulut Tipah tu jelabah benor,ada yang makan kasut terompah kang nie.."
87 JELABAK
88 JELABAK = TERBURAI cher bawak biawok tu elok sikit, nanti jelabak guni tu....
89 JELEBOR = labi²
90 JELEPEK - Keadaan badan yg lemah longlai, tak terdaya buat apa2
91 JENUH = lama sangat..
92 jerang yangat-masak air panas contoh-mah(isteri) cer ke dapur jerangkan yangat ..org datang ghomah buatkan le ayor minum...
93 JEROMBAB- JATUH /JATUH TERSEMBAM
94 JOBIN = telinga yg tirus ke atas Ayat:-Naik melecop tapak kaki Mat Sekupang sebab berjalan kaki dari Sayong ke Talang tak pakai kasut...
95 Jongo-Menjelirkan lidah bagi tujuan mengejek atau menyindir seseorang.,selalu nya di kalangan kanak kanak
96 Joreng-Tidak berapa bulat bentuk nya,hampir ke bujur atau elips tajam keadaan bentuk nya.
97 Jorin - Tirus
98 Kadap-Benda/kerja yang suka dilakukan/ditumpukan/dihadapkan. Ayat:-Apa lagi kalau bukan bsc yang dikadapkan dek abang Cenderawasih kamu tu-Kata Mael Kodi pada adik Cenderawasih.....
99 KALA LIPIT = kala jengkin (scorpions)
100 Kayo - Nak masuk Tandas
101 KAYU ROL = kayu pembaris
102 Kedua,benda lapisan yang terluka atau tertarik/terbuka. Ayat:-Kulit kambing pada rebana tu dah terserghoyat sikit sebab kasor sgt deme mukui--memukul masa main kat kenduri kahwin si Syukran malam kelmarin
103 KEJOR = berambat / kejar
104 Kelolo-Bercakap secara tidak waras,atau merapu. Kita kalau bercakap jangan la kelolo,bior terang maksud nya-Nasihat guru kepada murid nya.
105 Kemaruk-Terlampau hendak sangat,kehendak yg cukup ketara. Dah kemaruk sgt nak kereta tu,ha beli la bila dpt duit jual saham tu nanti.
106 Keme - Saya @ Kami
107 KEMIN = kemas
108 Kepe'k-Bunyikan agak sengau pada "pek"-Bermaksud keadaan bentuk yang tidak timbul,tenggelam.spt kemek juga maksud nya. Hidung nya kepek setelah menjalani pembedahan plastik itu.
109 Keras ngerotang-Terlalu keras. Ayat:-Roti canai tu keras ngerotang je,susah beno orang nak kunyah.
110 Keroko-Mengikis dan menanggali sesuatu drp sesuatu. Kalau dah lapo tu jangan la ceduk sampai dikerokokan periuk tu tu,malu kat orang weh...
111 Kicok-Pijak
112 KIRAP = terbalik
113 Kodi-Barang atau alat yang kurang atau tak ada kualiti.
114 KOKOK-GIGIT
115 Kome - Korang @ Kau Orang ( 'e' dlm pkataan ni bkn 'e' utk ekor tp 'e' utk emak..'E' utk ekor tu selalunya org Bota, Perak yg pakai..)
116 Kunjah/mengunjah-Bergantung kpd sususan ayat.Ada situasi perkataan ini membawa maksud punggah etc:-"Jangan dikunjah almari baju tu,nanti habis tak tersusun balik."
117 KUWEH = usik/cuit
118 LABUN = cakap
119 La'eih-Lemah/kurang mantap/tak segagah dulu.
120 LANGGAT - Susun; biasa guna pada pinggan eg: "Ce langgat pinggan tu Man..."
121 LEBANG LIBU = perasaan resah gelisah....
122 Leboh - Hilang (Contoh: Moto awok udoh leboh, org curi masa balik kpg hari tuh..)
123 LECAH = Lumpur
124 LESOH = senyap sunyi
125 LIMAH - Kuih Tepung Pelita
126 LIMBAH = air kotor/Lumpur
127 Lonjong-Tinggi yang agak melebihi drp biasa.Selalu nya merujuk kpd ketinggian seseorang.
128 Lugu-Jemu,penat. Naik lugu teman nunggu keretapi tu idak juge sampe2.
129 Mangko - Belum masak / Muda / Rosak ( Selalu org guna dekat buah durian )
130 MANGKO - Biasa digunakan utk buah durian yg sudah busuk
131 MEGHEDANG-GHEDANG = (meredang-redang) maksud dia membuta-tuli
132 Meghedang-redang-Tak tentu hala/main hentam je.
133 melantak/melantok: = makan berlebihan
134 MELANTUNG KOHONG = busuk sesangat
135 Melecop-Kulit terhakis,melecet.
136 Melendut-Satu keadaan benda yang lembut./menggeleber. Orang perempuan ni kalau tak jaga badan lepas bersalin,nanti melendut,mula le laki nya meradar mata ke lain... -pesan burung Cenderawasih kepada burung Belatuk semasa bersembang di atas kemuncak menara Kuala Lumpur.
137 MELENGKO = membelit 'ater komer lekas nengok ulor beso melengko ataih pago rumoh pak bako.'
138 Meleseh-Berlegar legar dekat,bertujuan seperti mundar mandir tak tentu tujuan. Ayat:-Jangan kamu meleseh merata pasar malam tu,buruk kelaku tengok dek orang.
139 MEMBANGAO BAU = busuk baunya
140 Mencicit-Lari dengan kelajuan yang laju drp satu lokasi ke satu lokasi yg lain. Mencicit lari toyol dikejar kucing Pak Rasid bernama Che Ha tu masa cuba menceroboh masuk rumah Pak Rasid malam tadi.
141 MENEBEN MUKE = melangok kat kedai kopi
142 MENGEGHUIT' sengaukan = bertindakbalas
143 Mengelegho-Keadaan mata liar/tak menetap/melilau. Mata mat dadah yang beli bekalan dadah tu mengelengho je riso kan polis rush kat kawasan tu.
144 MENGEROGHNYOT = berdenyut-denyut
145 Mengerutup-Satu keadaan yang banyak dan bersusun. Tak lama lepas kena miang getah pokok rengas tu,bengkak pada badan nya naik mengerutup.
146 Menghente-Merempat
147 MENGKIOK = besar sikit dari anai2 selalunya menjadi kalkatu..
148 MENRANDAI = Menyeberang sungai dengan berjalan kaki aje (kelebihan orang sayong nie )
149 MENTEKEDAGHOH = menterchiker – makan
150 mentelon-seluar contoh-acekeme bak sini mentelon budak ni..dari tadi bolen je terjunte awangselamatnya
151 MENTELUN = seluar panjang (pantaloon)
152 MENTOKA = Kereta
153 MENTONG = makan sampai due kali atau tambah 2 kali
154 MENYELANO
155 MENYELANO = TERSEMBAM GULING GULING labunler bebeno, aku tampo kang menyelano kat dalam longkang tu..
156 MENYELEBIUR= terjuih bibir
157 MENYENGKET - mengintai, mengendap
158 MENYEN'GOKANG
159 MENYEN'GOKANG = DUDUK ORG JENIS PEMALAS (istilah dilihat menerusi binatang KONGKANG) kamu nie asyik menyen'gokang jer kat kerusi tu, cher pergi buat kerojer tu..
160 Menyerongkoh=Menyeghongkoh - berserabut / penuh / tak muat (Contoh: Ce keluor kan sikit barang dalam bonet tu, mana roper nak tutup, doh menyeghongkoh je....
161 MERABAN TEBEN = [Reyben Teyben] – Tak Tentu Arah, Perbuatan yang Pening
162 MERAMBU = joli sana sini
163 MEROLOH = Tidor.
164 Metee-Termenung,berkhayal. Apa koje miker ni metee je bila orang panggil,baik le miker berzikirulLah dari menung tak tentu pasey ngenangkan orang yg dah tak ada.
165 Mike - Kamu / Awak
166 MIKER NI,DOK NGENDENG2 SINI,NOK KUEH BANGKIT NI KE?
167 MIKER NI,DOK NGENDENG2 SINI,NOK KUEH BANGKIT NI KE?
168 Moh-Jom (asal nya perkataan move la kut.. )
169 Monchoh-Bermaksud kemewahan yg melimpah ruah.
170 Mor-Dah terlalu masak sangat,dah terlebih ranum. Ayat:-Pisang tu udah mor dah,tak sesuai buat makan,elok buat cokodok je.."
171 MUNCOH = dah kaya banyak duit atau berharta
172 Nebo-Menebar.Contoh nya menebar jala.
173 Nempek-Suka meminta,mengharap sesuatu drp orang lain/kawan. Ayat:-Miker ni tak habih2 nempek je bekal nasik si Usin Lempoyang tu,mentang2 la dia tu pemurah sangat
174 Ngeage-Menangis beralun alun panjang nya.
175 Ngeatek,ngea-take-Mungkin diambil oleh orang Perak drp perkataan menggeletek.Bukan perbuatan menggeletek,tapi dimaksudkan kpd satu objek yang bergerak secara berulang ulang akan aksi yang sama,atau bergetar/bergoyang2.
176 NGELAT = menipu
177 NGELATOK- Berdebar2 akibat terkejut
178 NGELE’NYOR = Mengedik atau pun ngada²/ gatal
179 NGELEDIN = Bengkok disebabkan panas
180 NGELER’WO = Ngelewor, Nge Ley Wo – Terumbang ambing kekiri ke kanan [Macam ular kena palu]
181 NGELEWO= berjalan tak tentu arah.
182 Ngeligeh-Menggeletar,mengigil.
183 Ngelusea-Tak senang duduk,rimas. Ayat:-ngaper miker ni ngelusea je dari tadi macam kera kena belacan je?
184 NGENDENG-Duduk dekat ,kerana nak minta sesuatu ,spt makanan dll.
185 NGENDENG-Duduk dekat ,kerana nak minta sesuatu ,spt makanan dll.
186 NGENUT/TUJI = ******* (biarlah hanya perak pior yg mengetahui)
187 Ngerengken-Kurus kering tak ada isi langsung
188 NGETIT = ngokak / gigit ketip
189 NGOBAK = Nangis
190 Ngomben-Bergerak/goyang. Ayat:-Tak ngomben kawan tu bila ditolak oleh budak kecik tu.
191 Ngulen Peghen-Terguling sebab kesakitan.
192 NIN = jernih...
193 'nin bebenor ayor sungei tu...terhinggin benor nak terojun..'
194 Nohen-No hint Buat tak ambil peduli
195 NOKAM= Terkam.
196 NUGEY - Rasa nak termuntah
197 Nungkom-Tertiarap. Sian si Pan Bedah,udah le jatuh ternungkom atas selonggok tahi lembu yang masih panas suam2 lagi.Lain kali nak mula berjalan bacalah bismillah.
198 NYADIN = buat derk aje
199 NYARIGH = mujor
200 NYEGHOGIN = tersenyum sorang diri
201 Nyegholang-Terang bernderang,bercahaya2.
202 NYELAP SADOR = seseorang yg seperti dirasuk @ di luar kawalan di tahap sederhana... .
203 NYELONGKO = SELONGKAR miker nie pandai nyelongko jer....ngemasnyer malas bebenor!
204 NYELONGKO. NYELODOK dah ader ke blom??
205 nyemedang-selalu je. Ayat:-Emmh alaheh,udoh tighih atap rumoh opoh ni ha,nak harap duit apok kamu nyuruh baiki pun,dia pun nyemedang tak berduit..iskk iskk...bile le poh nak merase dudok rumah banglow macam Mawi Villa tu aiih...-Kata Pan Temah kat cucu nye si Pika Ali batu.
206 NGENDIN = tumpang sekaki
207 NYIOR KUTEY = kelapa yang dah kering kat atas pokok kelapa
208 NYOGHOGAT - Perasaan menyampah terhadap sesuatu + sikit tak suka
209 nyongkit pulak?
210 Paih-Nama lain bagi kuih lepat pisang,atau lepat ubi.
211 PAKA@ PAKEI = pakai atau guna
212 PAN / NYANG- Panggilan utk moyang
213 Parit ban-Parit kecil di tepi sawah. Ayat:-"Kat mana kamu dapat ikan puyu tu Leman? Tanya si Jak Kg Beluru. Tu ha kat parit ban belakang tu."
214 Pasior - Pasir
215 Pealock - Tak berapa waras,terkenan. Ayat:-Miker ni pealock ke per,dari tadi asyik terkenyit2 bijik mata.
216 Pedo - Kesan rasa pedas campur pahit,cth rasa makan kulit limau. Sapa suruh kamu gigit kulit limau purut tu,kan dah pedo lidah..
217 Peghok-Kolot fikiran,termangu mangu masuk tempat baru.,atau terlalu mengherani kpd benda baru-ibarat rusa masuk kampung. Ayat:-Nak tergelak tengok si Masdor tu bila masuk ke bangunan KLCC tu,pegghok semacam jer.
218 PEJOH - Hal keadaan tidur yg terlalu lena sampai tak sedar apa (tido mampus)
219 PELAN = rangka / pelahan / english: PLAN
220 PENGGE = lontar, baling
221 PENGO = Bau yang hapak / busuk
222 Penjan-Sejenis masakan ubi kayu yang dicampur dgn manisan,pekat likat.Dimasak bersama gula merah atau gula putih.
223 Pepak - Bersepah-sepah.Selalu nya merujuk kpd hal keadaan rumah yang tak tersusun kemas.
224 PEROK = jakun / tak pernah tengok benda..
225 PETIA = memang sudah direnung/ memang yakin
226 PIOR = tulin asli
227 PORES = pekerja jabatan hutan tu, forest
228 PROSOAH = Paksa
229 PUIH OPES = pejabat pos
230 Rawe-Gaul,campurkan.
231 REBEN TEYBEN = seluin jer – selekeh
232 REBER = sesak, beriya, gedik, poyo..
233 Regeih-Penyapu lidi drp pelepah kelapa.
234 Rengkoh-Tarik dengan paksa. Ayat:-"cer jangan main rengkoh je barang tu.,rosak nanti sapa nak ganti.."
235 Rengkot (Rain coat....)-Kaki yang sakit,terdengkut dengkut akibat kecederaan yg dialami.
236 Renyoh-Susah,rumit,leceh. Nak jahit benang emas pada kain songket memang kerja renyoh.
237 SAMO - Merah Jambu
238 SA-NGEIYR atau SANGEI = tudung saji
239 SANGEY - Tudung Saji
240 Sebalo-Sekepala,serasi,satu puak. Deme tu memang sebalo je semua nya,kalau berjumpa baik je sembang labun nya.
241 Seghebeh-Tak kemas,merujuk kepada pakaian. Ayat:-Cer seterikakan sikit baju kamu tu yop,ater udah seghebeh je macam nak ke bendang je gaya nye..
242 SELAIT = lampu suluh / torch light
243 SELE’WIN = kira buat asal siap, comot
244 Selelo-Tak kemas.kurang disiplin. Kamu ni Muse,guna bilik ayo tu elok le sikit,ni selelo tak reti nak bersih langsung.
245 SELIMBO = sembilu...
246 SEMBAI = pasir halus yang basah...(pasir sungai)
247 SEMUT GATEY = semut api
248 SENTEN = menarik kaki seluar ke atas.....ataupun singkat dlm bahasa pekan nya
249 SEPEROH = alas / lapik meja
250 Serghoyat,Seroyat-Ada dua maksud di sini. Pertama,hari hujan yang telah mulai reda,
251 Seroyo-Gayat,takut.
252 seruei-seluar contoh-acekeme bak sini seruei budak ni..dari tadi bolen je terjunte awangselamatnya
253 SIDANG = berhenti hujan
254 SIDEI- jemur kain.
255 SIUT = cucuh / menyalakan
256 SI-YAR* (sengorkan bunyi..yar.. tu..) = mangguk tingkat
257 SOH - Sunyi sepi/ senyap
258 Sompeh-Serpih,picisan,ada cacat sikit.
259 SUNTUK= Singkat
260 Taboh,Naboh-Belasah,sedang membelasah.
261 TABUH = Pukul,
262 TAK AJAP = TAK layan/ tak jadi hal
263 Tak engkale nyer-Entah bila masa nya. Ayat:-Tak engkalenya teman berkenan kat si Tipah tu.Miker je yang salah faham.
264 Tak semiyoq-Tak sempurna,tak sihat.kurang elok Ayat:-"Badan teman tak semiyoq je rase nya lepas makan lemang raye ari tu..."
265 TAK SIOR = tak ingin
266 TAKHSYIOR - Risau sebab ragu2
267 Tale-Tampar atau tumbuk. Ayat:-Ku tale je kalau sapa2 yang ngorat tunang aku tu...."
268 Taram-Mengadap sesuatu dgn sungguh sungguh,membuat pekerjaan dgn tumpuan yang tidak berbelah bagi. Ayat:-Dia tu kalau dapat makan kari daging kambing rumah kenduri,memang ditaram nya tak noleh kiri kanan dah weh...
269 TAWO LEYSYUR = masakan terlalu tawar
270 TEGHOYOK/TEROYOK-MENANGIS
271 Tejuweh-Benda atau jisim yang terlebih keluar drp had nya.
272 TEM BI = menyiku
273 Temah cuba tengok kan anak kamu tu,tengok ngeage semacam waktu senja2 nie,nak kena berubat tu.
274 Teman - Saya
275 teman nak meng'andai aje ari nie.. ayo pun idak ler dalam nampak nyer.SOKOP = Tutup
276 Temen-Suka berlagak meninggi diri. Ayat:-Si Usop laki si Siah tu temen je teman tengok sejak balik dari AF6 tu,tau le anak deme dapat masuk konsert prelude ari tu..isk tak berkenan beno teman kalau gitu je rupa nyer..
277 TENEHOK - Terkilan
278 tengah 2 ringgit= RM1.50
279 tengah 3 ringgit= RM2.50
280 tengah 4 ringgit= RM3.50
281 tengah 5 ringgit= RM4.50
282 Tengok ekor anjing tu,ngetek je bila bila tuan dia datang..
283 Tepek-Sejenis kuih bancuhan tepung dgn kelapa atau gula merah. (seperti roti canai,tapi lain cara bancuhan nya)
284 tepen - taiping
285 TERBONGEH-terdedah
286 Terjerombab-Jatuh tersembam.,terseradung. Contoh maksud "tu le miker ni sapa suroh berlari atah rumah,kan ke jatuh terjerombab tersepak bendul kayu tu."
287 TERKANJE-terkena/tercengang
288 TERPELEY'OT (sengaukan sebutannya) = Terlipat/tergeliat
289 TERPEROGHONGO = berlubang besar
290 TERPO NGOR = ternganga luas
291 Tighih,atau sebutan nya tires- Maksud nya kebocoran yang menyebabkan air menitis.
292 TOBEK- bhgn kepala yg tiada rambut akibat tersilap gunting atau digunting secara tak sekata
293 TOBEN = tua bangka
294 Tojen-Botak licin.
295 Tongset-Sanggulan kecil rambut. Makin lawa anak dara Pan Me'ah bila bertongset,..berkenan teman nengok nya kata anak teruna Cenderawasih yg berumur 5 thn itu.
296 Tumpo-Tak bergerak,mati,habis nyawa.
297 HaNGAT = minuman panas (tea, kopi, melo, neskepe dll)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan