1. Zaman Jahiliyyah
Zaman ini manusia hidup tidak berlandaskan syariat & tidak berlandaskan norma kehidupan manusia sebenar. Raja & Gengster adalah penentu keputusan negara, bunuh anak perempuan, zina ikut suka, arak macam air masak.
2. Zaman Nabi / Rasulullah S.A.W
Zaman ini manusia mendapat pembelaan dari pemerintah (Rasulullah S.A.W) dan syariat. Segala perselisihan yang berlaku, keputusan kembali kepada Allah (Al-Quran) dan Rasulullah. Semasa zaman ini syariat (undang-undang) juga membela manusia baik Islam atau kafir dilayan adil. Kenapa Ini terjadi?
Kerana manusia pada zaman itu diperintah dan ditadbir oleh manusia & pemimpin unggul yang tidak pernah melakukan dosa samaada kepada Allah ataupun manusia.
3. Zaman Khulafa' al-Rasyidin
Bermula dari zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq R.A, Umar Al-Khattab R.A, Uthman Bin Affan R.A hingga berakhirnya Pemerintahan Khalifah Ali Bin Abi Talib R.A. Pemerintah semasa itu menjalan urusan pentadbiran negara berlandaskan apa yang telah ditinggal oleh Rasulullah S.A.W. Berlandas Al-Quran & As-Sunnah. Syariat & Pemerintah masih membela manusia secara adil.
(Dicerita kejujuran Saidina Umar R.A semasa memerintah negara = kisahnya = pada suatu hari ketika beliau sedang menjalankan urusan kerajaan di pejabatnya, anaknya telah masuk ke dalam pejabat tersebut. Lalu anaknya bertanya "wahai ayahku, kita nak makan apa malam esok". Kemudian beliau terus memadamkan lilin dan pelita yang terdapat di dalam pejabatya. Anaknya terkejut, lalu bertanya "wahai ayahku, kenapa memadamkan cahaya itu semua". Lantas beliau menjawab "Wahai Anakku, engkau datang ke sini dengan urusan bertanyakan tentang makan malam kita esok. Sedangkan lilin dan pelita ini adalah hak kerajaan, jadi makan malam kita esok tidak termasuk di dalam urusan kerajaan.)
3. Zaman Ad-Dukhan (Asap / Kesamaran)
Bermula pada zaman pemerintah Muawiyah hingga berakhirnya pemerintahan Empayar Uthmaniyyah .Pada zaman itu, pemerintah masih mengguna syariat Islamiyah sebagai undang-undang negara, tetapi nasib rakyat bergantung kepada sikap pemerintah yang memerintah pada zaman itu. Sekiranya rakyat diketuai oleh pemerintah yang baik, baiklah perjalanan hidup mereka. Tetapi kiraya zaman tersebut diketuai oleh ketua yang sebaliknya, nasib mereka juga sebaliknya.
4. Zaman yang Mengigit
Bermula pada zaman pemerintah Mustafa Kemal Atatürk hingga kini, Al-Quran dan As-Sunnah bukan lagi sebagai undang-undang pemerintahan negara yang tertinggi. Tetapi Undang-undang ciptaan manusia menjadi panduan perjalanan keputusan negaraa. Undang-undang tidak lagi menjadi pembela manusia, Tetapi bergantung kepada sikap pemerintah. Undang-undang dan pemerintah pada zaman ini tidak dihormati tetapi sekadar ditakuti.
Pada zaman ini perlembagaan Islam kembali digunakan keseluruh dunia. Al-Quran & Sunnah menjadi perlembagaan utama. & inilah tanda-tanda Yaumiddin sudah terlalu hampir.
Disunting & dipetik : Tazkirah Jumaat = Masjid At-Tayyibin, Taman Bidara, Selayang = 22 April 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan