Selasa, 17 Mei 2011

Kenaikan RON95 - Cadangan supaya defisit dapat dikawal

Disebalik laungan 'RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"..
Percaya atau tidak sekiranya subsidi kerajaan kepada rakyat dapat disalurkan dengan cara ini mungkin ianya mampu mengawal kewangan negara dari berbelanja berlebihan dan mampu memberi pendapatan kepada negara:-

1. Subsidi disalurkan melalui konsep seakan-akan zakat = zakat disalurkan kepada 8 asnaf (golongan tertentu yang memerlukan), jadi apalah kiranya subsidi disalurkan kepada golongan tertentu sebagai petrol RON95 hanya boleh diisi oleh pemilik kereta berkapasiti 1.6cc ke bawah dan kenderaan berkapasiti 1.6cc ke atas yang melebihi 10 tahun.

2.  Kurangkan cukai pada barangan tetapi mengenakan cukai pada belanja harian rakyat contoh setiap jumlah belanja dipasaraya dikenakan govt tax sebanyak 10%. Makna setiap RM50 kena cukai RM5. Semakin tinggi belanja semakin tinggi cukai. 

3. Subsidi hanya akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai yang berpendapatan kurang RM7k yang mempunyai isi rumah lebih 5 orang yang mempunyai lebihan belanja bulanan kurang 50%. Lebihan belanjawan bulanan keluarga mengambil kira belanja keperluan anak, keperluan rumah dan pembayaran rumah pertama sahaja.

4. GEJALA RASUAH DIHAPUSKAN / PENGAMBIL & PEMBERI RASUAH DIHUKUM SECARA KERAS. 

Apa yang saya fikirkan ini bukan mesti dilakukan. Sebenarnya ada cara yang lebih baik dengan perlaksanaan kesemua isi Al-Quran. Sesungguhnya segala isi Al-Quran itu amat bersesuaian sepanjang zaman, baik ni negara Islam ata sebaliknya. Peraturan hidup yang sesuai sehingga yaumiddin.

BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA



Ada lima jenis benteng pertahanan dirikeluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;

i.                  Al-Muawwizat
ii.              Ayatul Kursi
iii.         Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv.             Ayat Berkubu
v.               Ayat Penggerak


1.0  AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)


BACAAN


     Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas

 

CARA


1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2.   Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membacaSurah Al-Fatihah)
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5.  Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangankeseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6.   Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari


2.0  AYATUL KURSI


BACAAN


       
        Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembahmelainkan Dia YangHidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidakmengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan dibumiTiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya.Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakangmerekadan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allahmelainkan apa yang dikehendaki-Nya.  Kursi Allah meliputi langit danbumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanyadan AllahMaha Tinggi lagi Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat  255)


CARA


1.    Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiriselepas baca ayatul kursi tiup disekelilingmengikut pergerakan tawaf kaabahdengan niat melindung diri.
3.  Untuk melindungi rumahbaca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah(mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalamatau diluar rumah.


3.0 AYAT  1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN


BACAAN

       
 
        Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnyakamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang beradadi atas jalan yanglurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagiMaha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yangbapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatankarena itu merekalalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah)terhadap kebanyakan merekakarena mereka tidak beriman(8)Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher merekalalu tanganmereka (diangkatke dagumaka karena itu mereka tertengadah. (9) DanKami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding(pula), dan Kami tutup (matamereka sehingga mereka tidak dapat melihat.
           

CARA


1.   Untuk memegar dirikeluarga dan harta benda
2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan)sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surahAl-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil bacasambil berjalanmenuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Bacakombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula.Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyaratmendinding keseluruhan bumbung rumah.


4.0 AYAT BERKUBU


BACAAN



Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubudengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabiMuhamad RasululLah.

CARA


1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiupsehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2.  Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat inikemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan kekiri.
3.   Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4. Berpaling semula ke arah kiblatbaca lagi kemudian tiup kebawah sehinggahabis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
5.   Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dantahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

5.0  AYAT PENGERAK


BACAAN



Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi jugadilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA


1.   Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahayaataubermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaanyang berisikomaka baca ayat ini tujuh kali.
2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini,berehat dahuluSetelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.


Dipetik Dari : DarusSyifa'

Carian