Selasa, 17 Mei 2011

Kenaikan RON95 - Cadangan supaya defisit dapat dikawal

Disebalik laungan 'RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"..
Percaya atau tidak sekiranya subsidi kerajaan kepada rakyat dapat disalurkan dengan cara ini mungkin ianya mampu mengawal kewangan negara dari berbelanja berlebihan dan mampu memberi pendapatan kepada negara:-

1. Subsidi disalurkan melalui konsep seakan-akan zakat = zakat disalurkan kepada 8 asnaf (golongan tertentu yang memerlukan), jadi apalah kiranya subsidi disalurkan kepada golongan tertentu sebagai petrol RON95 hanya boleh diisi oleh pemilik kereta berkapasiti 1.6cc ke bawah dan kenderaan berkapasiti 1.6cc ke atas yang melebihi 10 tahun.

2.  Kurangkan cukai pada barangan tetapi mengenakan cukai pada belanja harian rakyat contoh setiap jumlah belanja dipasaraya dikenakan govt tax sebanyak 10%. Makna setiap RM50 kena cukai RM5. Semakin tinggi belanja semakin tinggi cukai. 

3. Subsidi hanya akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai yang berpendapatan kurang RM7k yang mempunyai isi rumah lebih 5 orang yang mempunyai lebihan belanja bulanan kurang 50%. Lebihan belanjawan bulanan keluarga mengambil kira belanja keperluan anak, keperluan rumah dan pembayaran rumah pertama sahaja.

4. GEJALA RASUAH DIHAPUSKAN / PENGAMBIL & PEMBERI RASUAH DIHUKUM SECARA KERAS. 

Apa yang saya fikirkan ini bukan mesti dilakukan. Sebenarnya ada cara yang lebih baik dengan perlaksanaan kesemua isi Al-Quran. Sesungguhnya segala isi Al-Quran itu amat bersesuaian sepanjang zaman, baik ni negara Islam ata sebaliknya. Peraturan hidup yang sesuai sehingga yaumiddin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Carian