Aku memang insan biasa,
insan yang pernah melakukan dosa,
bukan seorang muslim yang sempurna,
yang takut pada balasan neraka,
tapi..terlalu inginkan ganjaran syurga...
Tapi..salahkah aku..
Tapi..salahkah aku..
sekiranya aku menegur kesilapan rakan-rakanku,
kernaku takut mereka melakukan dosa seperti aku dulu,
aku taknak syaitan datang membantu..hati jadi sekeras batu..
dulu memang aku jahat..
dulu memang aku jahat..
tapi..salahkah aku..wahai sahabat..
kiranya aku menegur kesalahan mereka yang membuka aurat,
hati bergelora melihat leher nampak urat,
tambahan pulak yang jenis pakai baju ketat,
tapi aku takut balasan Allah yang Maha Dahsyat...
Tolonglah faham kawan..
Tolonglah faham kawan..
jangan terlalu menjaga hati rakan-rakan,
hingga membiarkan dosa banyak berjuta-juta tan,
hingga hidup mereka macam takde pedoman,
lebih penting adat dari pedoman Al-Quran,
itu bukan sahabat tapi ITULAH SETAN,
Salahkah aku..wahai sahabatku seluruh dunia
Salahkah aku..wahai sahabatku seluruh dunia
sekiranya aku menegur pe,rkara yang mengundang dosa,
jangan terlalu mudah menghalalkan cara,
aku risau kita juga yang binasa,
orang kafir gelak ketawa saja,
aku gelisah anak cucu kita yang menderita..
Mari kawan-kawan kita tadah tangan,
Mari kawan-kawan kita tadah tangan,
sama-sama kita mohon keampunan,
Ya Allah Ya Rahman,
Sesungguhnya hamba-Mu ini rasa ketakutan,
takut dengan kehidupan yang penuh kejahatan,
terlalu lena dibuai godaan & hasutan syaitan,
Allahumma Ya Dzalfadli wal In'amm,
Allahumma Ya Dzalfadli wal In'amm,
Hamba-mu ini merayu..sucikanlah hati ini yang sudah hitam,
perkuatkan kami dengan cara hidup Islam,
Mudahkan kami untuk beribadah pada siang dan malam,
Kurniakan kami syurga-Mu Darussalam,
elakkan hamba-Mu ini dari Azab neraka Jahannam..
Sekian wahai kawan-kawan,
Sekian wahai kawan-kawan,
Aku Insan yang tidak lari dari kesalahan,
Kepada Ilahi ku panjatkan keampunan,
Kepada mak abah ku pohon keredhaan,
Kepada Sekalian manusia ku harap kemaafan
Nukilan : Dauss Al-Trolaki
Tiada ulasan:
Catat Ulasan