Beruntunglah wanita yang mengahwini seorang lelaki yang sentiasa melebihkan ibunya sendiri (ibu kepada suami) daripada si isteri, kerana wanita tersebut telah berkahwin dengan lelaki yang taat kepada saranan Nabi S.A.W di dalam sebuah hadith :-
Dari Abu Hurairah ra., ia berkata: Seorang laki-laki datang menemui Rasulullah saw dan bertanya kepada beliau, “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak aku pergauli?” Beliau menjawab, “Ibumu! Ia bertanya lagi, “Lalu siapa?” Rasul menjawab lagi, “Ibumu!” Ia balik bertanya, “Siapa lagi?” Rasul kembali menjawab, “Ibumu!” Ia kembali bertanya, “Lalu siapa lagi?” Beliau menjawab, “Bapamu!”
[Dikeluarkan oleh Asy-Syaikhani Bukhari-Muslim]
Betapa hebatnya dirimu isteri kerana terus senyum kerana melihat suamimu sentiasa meletakkan ibunya dahulu berbanding kamu semua. Kamu semua telah meletakkan diri suamimu terus dalam redha Allah S.W.T ; Sabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua
ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Percayalah inilah punca segala kebahagiaan, kerana kamu telah memiliki suami yang penyayang. Sayang kepada ibu-bapanya sendiri. PERCAYALAH, DENGAN IZIN ALLAH, SANG SUAMI AKAN MEMBERIKAN SELURUH KASIH SAYANGNYA KEPADA SANG ISTERI SETELAH KETIADAAN KEDUA IBU-BAPANYA..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan